Gmail Calendário Docs Sites Web mais »
Grupos visitados recentemente | Ajuda | Iniciar sessão
Página inicial do Grupos Google
PACE: 22 Mac adalah ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin
Neste momento, existem muitos tópicos neste grupo que são apresentados primeiro. Para que este tópico apareça primeiro, remova esta opção de outro tópico.
Ocorreu um erro ao processar o pedido. Tente novamente.
sinalizador
  3 mensagens - Fechar tudo  -  Traduzir tudo para Traduzido (ver todos os originais)
O grupo para o qual está a enviar mensagens é um grupo Usenet. As mensagens enviadas para este grupo tornarão o seu endereço de email visível para qualquer pessoa na Internet.
A mensagem de resposta não foi enviada.
O envio da mensagem foi concluído com êxito
 
De:
Para:
Cc:
Dar seguimento para:
Adicionar Cc | Adicionar seguimento para | Editar assunto
Assunto:
Validação:
Para fins de validação, escreva os caracteres que vê na imagem abaixo ou os números que ouvir, clicando no ícone de acessibilidade. Escute e escreva os números que ouve
 
nur  
Ver perfil   Traduzir para Traduzido (ver original)
 Mais opções 12 Mar, 18:03
Grupos de notícias: soc.culture.malaysia, soc.culture.singapore, soc.culture.indonesia, soc.culture.filipino
De: nur <arah1...@gmail.com>
Data: Fri, 12 Mar 2010 18:03:48 -0800 (PST)
Local: Sex 12 Mar 2010 18:03
Assunto: PACE: 22 Mac adalah ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin
Assalamualaikum,

PACE mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk mengenang satu
peristiwa tragis yang berlaku pada 22 Mac 2004 di mana pada tarikh
tersebut Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh mujahid Palestin menemui
syahidnya. Setelah enam tahun berlalu nama Syeikh Ahmad Yassin as-
Syahid tetap harum dan terus hidup di dalam jiwa rakyat Palestin dan
umat Islam yang tidak pernah berputus asa di dalam meneruskan jihad
untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis dan bumi Palestin yang
diberkati.

Syeikh Ahmad Yassin telah menggariskan beberapa prinsip yang terus
memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menggalas tanggungjawab jihad
di bumi Palestin. Di antara prinsip perjuangan yang sering beliau
ucapkan ialah 'Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya
akan berakhir dengan syahid atau kemenangan'. Itulah pilihan yang ada
bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa.
Tidak ada pilihan ketiga iaitu perundingan damai dan tolak ansur
seperti yang sedang giat ditaja oleh golongan yang tidak yakin dengan
jalan jihad. Golongan ini sanggup tunduk kepada tekanan Amerika dan
kuasa-kuasa besar dan bertolak ansur dengan regim zionis Israel yang
hanya mempunyai satu agenda iaitu mengekalkan pendudukan haram ke atas
bumi Palestin dan mengambil alih Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
untuk tujuan-tujuan keji dan permusuhan.

Prinsip yang digariskan oleh Syeikh Ahmad Yassin terbukti tetap
dipertahankan sehingga kini. Meski Israel terus melaksanakan operasi
memburu pejuang-pejuang HAMAS dan pejuang-pejuang Palestin lainnya,
kebangkitan (intifadah) tidak pernah terpadam dari jiwa dan sanubari
rakyat Palestin. Bahkan semangat intifadhah terus membara meski rakyat
Palestin khususnya di Gaza terus menerus berhadapan dengan kepungan
Israel, sekatan ekonomi dan penutupan sempadan dari semua arah samada
jalan darat, laut dan udara. Syekh Ahmad Yassin menegaskan 'Waktu akan
membuktikan bahawa siri-siri pembunuhan ini tidak akan memusnahkan
HAMAS. Pemimpin HAMAS mengharapkan syahid dan tidak takut kepada
kematian. Jihad akan diteruskan dan kebangkitan akan terus
disemarakkan sehingga kami mencapai kemenangan atau syahid kerananya.'

Syeikh Ahmad Yassin juga meletakkan satu lagi prinsip yang penting
untuk dihayati iaitu mengekalkan kesatuan di kalangan umat Palestin
yang berjuang menentang Israel. Meskipun HAMAS dan barisan pejuang
Palestin berhadapan dengan kelompok-kelompok yang diterajui oleh PNA
(Pihak Berkuasa Palestin) dengan FATAH sebagai fraksi terbesarnya,
Syeikh Ahmad Yassin tetap menegaskan musuh umat Islam dan rakyat
Palestin ialah Israel. Maka dengan itu segala pergeseran dan
perseteruan di kalangan rakyat Palestin sendiri hendaklah dielakkan
seboleh mungkin. Namun PNA yang diterajui oleh Yasser Arafat (al-
Marhum) telah bertindak bagi pihak Israel dan memenjarakan pejuang-
pejuang pembebasan Palestin yang tulen. Semua ini dilakukan kerana
tunduk kepada kehendak Israel. Yasser Arafat yang sejak awal tidak
pernah mahu berkompromi dengan Israel telah menjadi hamba yang setia
kepada regim Zionis dan melaksanakan apa sahaja arahan Israel atas
nama mempertahankan persetujuan damai yang dimeterai di Oslo pada
tahun 1993. Sejak dari tarikh tersebut PNA yang diberi mandat oleh
Israel untuk menjamin keselamatan negara haram Israel telah
mengerahkan seluruh pasukan keselamatannya untuk memburu, menangkap
dan memenjarakan pejuang-pejuang Palestin yang tulen dan ikhlas. Untuk
mengelakkan pertembungan sesama rakyat Palestin, Syeikh Ahmad Yassin
telah mengarahkan semua pejuang supaya menunjukkan kesabaran yang
tinggi serta tidak membalas perbuatan pihak berkuasa Palestin. Beliau
menegaskan sikap yang wajib dipertahankan iaitu 'Anda boleh membunuh
kami, tetapi kami sekali-kali tidak akan membunuh anda'. Bagi Syeikh
Ahmad Yassin, musuh yang sebenarnya ialah Regim Zionis. Jangan sekali-
kali rakyat Palestin termakan umpan yang sengaja ditawarkan kepada
rakyat Palestin supaya mereka bertelagah sesama sendiri dan akhirnya
melupakan objektif mereka untuk mengusir zionis dan mengakhiri
pendudukan Israel ke atas tanah air mereka. Ternyata sikap kejantanan
yang dipamerkan oleh HAMAS atas prinsip Syeikh Ahmad Yassin berjaya
menangkis kemungkinan tercetusnya perang saudara di kalangan rakyat
Palestin. Meskipun ratusan bahkan ribuan aktivis HAMAS dan keluarga
mereka dipenjarakan dan diseksa namun ia tidak sedikitpun mengundang
tindak balas dan dendam ke atas PNA dan kuncu-kuncunya. Israel
ternyata gagal untuk melemahkan rakyat Palestin melalui pendekatan adu-
domba yang mereka rangka melalui agen-agen di kalangan rakyat Palestin
yang belot dan khianat.

Syeikh Ahmad Yassin juga menegaskan bahawa kebaculan tidak ada
samasekali dalam kamus perjuangan rakyat Palestin. 'Kamu akan dapati
kami akan mati menghadapi kamu dan bukan membelakangkan kamu.'
Lantaran itu kita tidak akan dapati pejuang Palestin melarikan diri
dari medan perjuangan. Mereka akan hadapi musuh dengan penuh rasa
'izzah dan kemuliaan Islam. Sebaliknya anjing-anjing Zionislah yang
ketakutan berselindung disebalik peralatan perang yang canggih. Mereka
menyangka senjata-senjata itu boleh melindungi mereka. Bahkan mereka
diberitakan berak-kencing dalam kereta kebal mereka lantaran takut
berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin yang terdedah di luar sana
tanpa sebarang perlindungan.

Pada 22 Mac 2004 berangkatlah As-syahid yang mulia menemui Tuhannya
yang telah lama dirindui. Meski jasad as-syahid hancur namun jiwanya
terbang menemui kekasihnya dengan penuh redha dan diredhai. Ini
mengingatkan kita kepada seruan Rasulullah SAW selepas peperangan
Badar apabila Nabi bertanya kepada mayat-mayat musyrikin yang
dikumpulkan dalam sebuah lubang "Apakah kamu dapati janji Allah kepada
kamu benar? Sesungguhnya kami dapati janji Allah kepada kami adalah
benar.." Berbahagialah As-Syahid Ahmad Yassin diberi rezeki oleh Allah
tanpa batas. "Dan jangan kamu sangka mereka yang berjuang pada jalan
Allah itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki oleh Allah,
sedang kamu tidak menyedarinya."

Israel menyangka dengan membedil jasad Syeikh yang mulia dengan
beberapa peluru berpandu Hellfire, mereka bolih memadamkan ruh jihad
di kalangan rakyat Palestin. Apa yang berlaku darah Syeikh yang
melimpah dan membasahi bumi menyuburkan bumi mulia Al-Aqsa As-Syariff
dengan rijal yang siap untuk menyahut seruan jihad. Kini sudah enam
tahun berlalu dan Gaza tempat kancah perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad
Yassin sudah bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Hakikatnya
kekuatan rakyat Palestin tidak pernah terjejas meski berhadapan dengan
kepungan paling dahsyat yang pernah disaksikan dalam sejarah dunia.

Ketika hayatnya as-Syahid terbatas pergerakannya oleh kerusi roda.
Ulama berkerusi roda ini mampu menggoncang hati musuh-musuh zionis
sehingga ke dasarnya. Mereka begitu terancam sehingga untuk
menghilangkan ketakutan itu mereka buru ulama kurang upaya ini dengan
menggunakan helikopter Apachee dan menembaknya dengan beberapa butir
peluru berpandu. Mereka mahu melenyapkan Syeikh Ahmad Yassin dari muka
bumi ini tanpa meninggalkan sebarang bekas. Tetapi mereka silap As-
Syahid kini terus hidup dalam jiwa-jiwa para pemuda-pemudi Palestin
bahkan ruh itu turut hidup dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia,
membakar dhamir mereka agar bangkit menggalas tanggungjawab jihad di
mana jua mereka berada.

As-Syahid Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1938 berhampiran Askalan
(kini Ashkalon yang dirampas Israel). Beliau berlindung di Gaza
bersama keluarganya menyelamatkan diri dalam perang pencerobohan
Israel yang pertama pada tahun 1948. Ketika berumur 12 tahun As-Syahid
mengalami kecederaan yang membawa kepada kelumpuhan dan semenjak itu
beliau hanya duduk di kerusi roda sehingga akhir hayat. Beliau
dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Israel dan beberapa kali dikenakan
tahanan di rumah oleh pihak berkuasa Palestin. Beliau bersama as-
Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi dan beberapa orang tokoh telah menubuhan
HAMAS secara rasmi pada tahun 1987 sempena peristiwa intifadah
pertama. Beliau menemui syahid pada usia beliau 66 tahun.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE


    Reencaminhar  
Tem de Iniciar sessão antes de poder enviar mensagens.
Para enviar uma mensagem, é necessário primeiro aderir a este grupo.
Actualize a alcunha na página de definições da subscrição antes de enviar mensagens.
Não tem a permissão necessária para enviar mensagens.
Assunto do debate alterado para "22 Mac adalah ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin" de Logika Rumit
Logika Rumit  
Ver perfil   Traduzir para Traduzido (ver original)
 Mais opções 12 Mar, 20:13
Grupos de notícias: soc.culture.malaysia, soc.culture.singapore, soc.culture.indonesia
De: "Logika Rumit" <logikaru...@logika.com>
Data: Fri, 12 Mar 2010 20:13:39 -0800
Local: Sex 12 Mar 2010 20:13
Assunto: Re: 22 Mac adalah ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin
Apa yg kita semua lihat terjadi di Timur Tengah sebenarnya bukanlah
pertentangan
antara Islam dengan Yahudi, tapi tanda-tanda dunia akan berakhir. Dunia kita
sudah
tua, sama dengan orang yg sudah tua yg tak lama lagi akan berakhir. Orang yg
sudah
tua akan mengalami bermacam-macam penyakit, sakit gula tinggi, sakit darah
tinggi,
sakit turun peranakan, sakit jantung, dan macam2x penyakit lain2xnya yg tak
dialami
pada usia 18 tahun. Akhirnya manusia mati. Akhirnya manusia dan dunia akan
mati!

Apa yg kita manusia mau bikin? Cuma ada dua hal yg kita bisa bikin.
Mempercepat
atau memperlambat kematian kita. Memperlambat atau mempercapat kematian
dunia.

Itu saja pilihan kita.

"nur" <arah1...@gmail.com> wrote in message

news:de409ccd-5cee-4d1b-87d9-f74164a59b2e@u15g2000prd.googlegroups.com...


    Reencaminhar  
Tem de Iniciar sessão antes de poder enviar mensagens.
Para enviar uma mensagem, é necessário primeiro aderir a este grupo.
Actualize a alcunha na página de definições da subscrição antes de enviar mensagens.
Não tem a permissão necessária para enviar mensagens.
bàmbÖé  
Ver perfil   Traduzir para Traduzido (ver original)
 Mais opções 12 Mar, 20:24
Grupos de notícias: soc.culture.malaysia, soc.culture.singapore, soc.culture.indonesia
De: "bàmbÖé" <bàmbÖé@batöékaras.org>
Data: Sat, 13 Mar 2010 04:24:22 +0000 (UTC)
Local: Sex 12 Mar 2010 20:24
Assunto: Re: 22 Mac adalah ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin
"Logika Rumit" <logikaru...@logika.com> wrote in
news:hnf3d1$qun$2@speranza.aioe.org:

sayangnya , semowa procaya banget sama hadiz nya.
èslamer , karena soedah dijanjiin syuga maka péngin Qamat dèngen sigra ,
lah yahudi , karena misik péngin oemoer panjang tidak réla sigra Qamat.

hadiz nya , kalo yahudi ancoer maka Qamat mendatang.


    Reencaminhar  
Tem de Iniciar sessão antes de poder enviar mensagens.
Para enviar uma mensagem, é necessário primeiro aderir a este grupo.
Actualize a alcunha na página de definições da subscrição antes de enviar mensagens.
Não tem a permissão necessária para enviar mensagens.
Fim das mensagens
« Voltar aos debates « Tópico mais recente     Tópico mais antigo »

Criar um grupo - Grupos Google - Página inicial Google - Termos de serviço - Política de privacidade
©2010 Google